Wednesday 9 March 2011

Kebetulan Tercinta Pulak (pengenalan)

"Akak, akak Unga, bangunlah!! dah pukul 10 ni".

"Haisshh, ni dah lebih lah ni, kang aku pang pang kan jugak kakak aku seorang ni". "Ok, ni yang terakhir aku gerak, tak bangun jugak, siaplah, aku lepuk lepuk jugak bontot si Unga ni", desis hati kecil Boy.

"Ok, siap kau." Terkedek kedek si Boy ni ambik handphone blackberry akak nya dan set kan jam dengan surah Yassin. "Akak tak dengar jugak tak tahu lah". ekekeke. "tanduk si Boy ni dah tumbuh macam syaiton dah".

"Ayomak get set go, 1,2,3,  Yassin, berbunyilah handset akak nya dengan surah Yassin hasil dari kerja jahat si Boy ni.

"Mak datok akak aku ni, sampai surah ke-23 pun still tak sedar lagi?"

"Eh, jangan jangan dah arwah akak aku ni", kau jangan buat hal Boy, tak memasal mati pulak kakak Unga ni, alah, akak Unga, kok ye pun, jangan lah mati sekarang, mati 40 tahun lagi takpelah, akak kan dah janji nak belikan Boy patung Domo.

"Takpe takpe, baik aku rasa tengkuk akak aku ni dulu". "Panas je, hidung pun ada lagi hembusan nafas".

"Ni tak lain tak bukan mesti kes tidur mati."

"Baik, jalan penyelesaian nya, aku kena panggil mama jugak".

"Akak, kalau akak Unga tak bangun, Boy jerit panggil mama ye".

"Mama!!!!!!!!! akak Unga tak nak bangun lagi, dia tidur terbungkang lagi ni ha, mama naik lah sekarang".

Mama pun dengan kadar segera memanjat tangga ke bilik si Unga ni.

"Bunga Ziziana bt Zabidi!!!!!!!!!"

Zass, dengan kadar segera si Bunga ni bangun, lantas terus melipat selimut polkadot dan merapikan katil pink panther nya.

"Ni apa lagi tunggu ni ha? dengan air liur basi nya kat pipi. Ni nak jadi anak dara apa ni?" Mama pelangkung kang nak tak. Dah, pergi mandi dengan kadar segera."

"Baik ma, Unga nak mandi lah ni". mama ni, pagi pagi dah membebel bebel, pot pet pot pet". Mama tak penat ke?

Mama nya dah siap cekak pinggang tanda api kemarahan akan keluar macam gunung berapi yang sikit je lagi akan memuntahkan laharnya. Boy pula dah gelak terkekek tanda berjaya membuatkan akak Unga nya dimarahi.

"Kureng kau Boy, suka kau ek tengok aku kena bebel, siap lah kau jap lagi". Boy pun menjelirkan lidahnya dan membuat tanda good pada kakak Unga nya.

"Bwwek, padan muka, kah kah kah."

Si Unga ni memang paham sangat fi il mama dia, kalau dah di sebut nama si Unga ni siap dengan berbinti lagi, memang konfirm lah dia akan dimarahi.

.................................................................................................................................

"Mama, Baba, abang, Boboy". Selamat Pagi.

"Hotak kau selamat pagi Unga, dah tengah hari dah ni". Jerkah si abang Fatir.

"Ntah akak Unga ni, Boy pun pandai bangun pagi." Satu lagi, jangan lah panggil Boy dengan nama Boboy lagi, tak suka lah".

''Unga, sini kejap, kata Baba nya. Tadi baba jumpa pil ni di dapur, apa yang Unga cuba buat ni ha? sambil tangan baba nya menggoncang goncang pil itu.

"Pil apa ba? Unga tak beli pil apa apa pun. Satu lagi, Unga mana suka makan ubat, baba pun tahu kan? mangarut je baba ni".

"Kamu jangan serkap jarang baba, nah, cuba kamu tengok pil ni, siap tertera dengan nama kamu". Baba nya membaling pil tu ke kaki Unga.

Semua mata memandang aksi si ayah dan anak perempuan nya. Semua terkejut dengan jerkahan baba nya, seperti marah besar nampak baba nya.

Unga pun mengambil pil tu dan meneliti satu persatu nama pil tu.

Astaghfirullah Hal Azim, tertera dengan jelas perkataan pil perancang, makan satu biji setiap hari dan selepas makan. Masya Allah!!

No comments:

Post a Comment