Thursday, 10 March 2011

Kebetulan tercinta pulak 1

"Kak Ailyl ni ha, sorry lah kak, tak sempat nak bagi semalam, penat sangat." Haa ye, anak akak si Aiman sihat tak?

"Ntah lah Bunga, akak tak tahu nak cakap macam mana, panjang umur dia, hidup lah. Akak rasa pasrah sangat. Ada bapak, tak guna langsung, balik rumah pun kalau dia suka. Apa dia ingat rumah ni hotel? senang masuk senang keluar. Anak-anak akak yang lain ni pun nasib baik paham, tu yang dia tak banyak tanya pasal ayah dia. Hmmm, nasib kami lah."

"Saya bukan nak campur tangan kak, tapi kalau dah macam ni gaya nya, dengan akak lebam-lebam kena sepak terajang, tak kan nak tinggal diam je."

"Hmmm. nanti lah akak pikir kan Bunga, ni duit nya, terima kasih ye Bunga."

"Tak payah lah kak, saya bagi je tu, ambiklah, nah ni ada rm 500, buat belanja akak dan anak-anak."

..................................................................................................................................

"Derr Bunga, kau ni asal? muka ketat? asal kena tinggal laki?, nenek aku cakap, kalau muka macam kau yang memang mintak penampar ni, makna nya ada jin dalam badan kau." ekekeke.

"Kau ni kenapa Sonia? a'ah ada jin dalam badan aku ni, kejap lagi kalau aku dah naik hantu, dengan kau aku kunyah-kunyah telan. Aku lagi pikir pasal akak Ailyl lah." Satu lagi gua tak de hal nak main pasal lelaki ni ok? wasted!!

"Akak Ailyl?" sambil tangan si Sonia ni laju mengunyah papadom.

"Asal nya?" dia sihat je kan?" 

"Eh, jap jap, tak salah aku kau tak nak dah kan air jus tomato ni kan? aku ambik tau."

"Ambik lah Sonia, kau ni pelahap lah, makan melejeh lejeh kena rambut, hei, tak manis betul."

"Kau kenal Azfar tak Sonia?" alah yang kerja jadi peon kat pos Malaysia tu? kenal tak? 

"Urmm, mamat jerawat tu? mau nya aku tak kenal? buaya darat tu, kau tanya lah kat Bukit Bintang, sapa tak kenal dia? hero tu kat area BB, juara biker tu." Asal dengan dia, mampus kena lenyek lori ke?''

"Hishh kau ni, mulut memang nak kena sumbat dengan sambal belacan aku. Hidup lagi dia ha, kalau kau nak tahu, tu lah suami kak Ailyl."

Bunga membuang pandangan ke arah orang ramai yang enak menjamu selera di restoran melayu kak Pah di Taman Melawati itu. Kemudian dia mengeluh memikirkan nasib kak Ailyl nya. Lelaki!!! tahu buat anak, dah bini tak lawa, kembang sana kembang sini, dah gedebeh, ditinggal kan. 

Peristiwa semalam mengenai pil perancang tu, fuuhh, nasib baik dia pandai menghandle kan kes tu. Kalau tidak mahu kena tampar je Bunga ni dengan baba nya. Nasib baik dia menerangkan yang ubat tu dia beli untuk akak Ailyl nya. Tambahan pula, tempat kerja nya berdekatan dengan Klinik yang menjual pil perancang tu. Ketawa si Bunga ni mengenangkan peristiwa pil perancang tu. Nama dia yang tertera pada peket pil itu pulak, kerana kak Ailyl nya tidak pernah mempunyai kad di klinik itu. 

"Weh bunga, kau ni kenapa? gelak sorang-sorang ni, kau jangan buat hal. Entah-entah kau ni betul-betul  kena rasuk. Tadi elok marah nya, ni gelak pulak." tanya Sonia.

"Kau ni mulut kau makin lancang ye, sapa ajar kau ha? ustazah aku cakap, kalau mulut celupar macam kau, malam nanti dia yang kena masuk jin tau."

"Dah, jom balik Sonia, tak payah nak senyum tayang-tayang gigi, aku tahu sangat perangai kau, nak suruh belanja lah tu. Dah, aku bayar kan untuk kau."

Not rm 50 tu kemudian bertukar tangan antara Bunga dan cashier restoran tu. Mereka berdua keluar meninggalkan restoran itu sambil menuju ke kereta Bunga.

"Sonia, apa kata kita pergi karaoke nak tak? aku dah gian ni, jom lah, aku belanja."

"Karaoke? weh ha, nak lah, benda free sapa tak nak."

Bunga dengan rasa senang hati nya memusing musing kan kunci kereta nya pada jari telunjuknya, sekejap jari telunjuk kanan, sekejap jari telunjuk kiri. Bertukar tukar tangan dia memusing musing kan kunci kereta nya. Bukan main suka lagi dia nak menyanyi.

"Bunga, jangan lah kau pusing pusingkan kunci kereta tu, masuk longkang kang."

Bunga tidak menghiraukan nasihat si Sonia. Dia masih memusing musingkan kunci kereta di jari telunjuk runcing nya.

Akhirnya, pluupp, kunci tu termasuk dalam tingkap kereta sebelah nya. 

"Sonia!!!! kunci kereta!!! tidak!!!

"Aku dah cakap tadi, kan? mengomel ngomel mulut Sonia memarahi Bunga.

"Alah, kereta ni pulak satu, pergi buka tingkap nya buat apa, kan dah termasuk kunci aku. Weh, macam mana ni, cari kayu cepat, aku nak try tarik kunci tu."

Terkocoh kocoh Sonia mencari kayu dan memberi kan nya kepada Bunga. "Nah."

"Sonia, cover aku, nanti orang ingat aku nak mencuri pulak, aku nak try jolok dulu." ''Menyusahkan betul lah, orang tutuplah tingkap tu sampai habis, ni biar terbuka sedikit buat apa."

"Hoii!!! pencuri!!! kau buat apa ha dengan kereta aku? nak mencuri ke? wei pompuan?

"Ya Allah, asal mamat ni cepat sangat sampai ni."

"Kau buat apa ha? cantik jugak perempuan ni." Kalau aku sakat, best jugak, kata Zul Karimi dalam hati.

"Urmm, kunci kereta saya ni ha, termasuk dalam kereta awak lah, yang awak pun satu pergi buka tingkap buat apa ha?" Sonia hanya diam memerhati perlakuan Bunga dan lelaki tampan tu.

"Oh kunci kereta kau, kalau nak, bagi aku cium pipi kau dulu." Amacam, ada bran?''